POLITIK

Kongres DAP: Nga Kor Ming yakin lebih 4,000 perwakilan buat keputusan bijaksana

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming yakin lebih 4,000 perwakilan DAP yang menghadiri Kongres DAP pada 16 Ogos ini akan membuat keputusan berdasarkan kepentingan dan kestabilan negara.

Beliau berkata, sebagai sebuah parti yang telah melalui perjalanan perjuangan selama 60 tahun, DAP mempunyai barisan perwakilan yang mampu membuat pertimbangan terbaik berhubung hala tuju parti.

“Saya yakin, sebagai sebuah parti yang cintakan negara, sebuah parti yang berjuang sekian lama 60 tahun, saya yakin kebijaksanaan 4,000 lebih perwakilan tersebut akan mengundi mengikut kepentingan negara, menjaga kestabilan negara dan membuat pilihan yang paling bijaksana selaras dengan kestabilan negara.
“Itu kepercayaan saya,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Dasar Perumahan Negara (DRN) 2026-2035 di Kuala Lumpur, hari ini.

Kor Ming berkata, demikian ketika ditanya mengenai Kongres DAP yang dijadual berlangsung pada 16 Ogos serta kedudukan menteri dan timbalan menteri daripada parti itu dalam kerajaan.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan secara khusus sama ada menyokong menteri dan timbalan menteri DAP untuk kekal atau keluar daripada kerajaan.

Sebaliknya, Kor Ming menyerahkan keputusan berhubung perkara itu kepada kebijaksanaan lebih 4,000 perwakilan yang akan menghadiri kongres berkenaan.

Kongres DAP pada 16 Ogos ini dijangka menjadi tumpuan susulan perbincangan mengenai kedudukan parti berkenaan dalam kerajaan serta hala tuju kerjasama politik pada masa hadapan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button