Dr Afifah tekankan tanggungjawab bersama didik anak walau rumah tangga berakhir
KUALA LUMPUR – Walaupun perkahwinan yang dibina tidak lagi dapat diselamatkan, isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek menegaskan bahawa tanggungjawab membesarkan anak tetap perlu digalas bersama antara ibu dan bapa.
Menerusi perkongsian di Threads, Dr Afifah menekankan pentingnya kedua-dua pihak memainkan peranan mendidik anak dalam semua aspek termasuk agama serta menanam nilai kasih sayang dan sifat positif dalam diri mereka.
“Walaupun perkahwinan sudah berakhir, amanah untuk membesarkan dan membimbing anak-anak tetap menjadi tanggungjawab bersama.
“Bersama-sama kita ajar mereka tentang cinta, hormat dan iman,” katanya.
Dalam hantaran berbeza, Afifah turut meluahkan isi hati tentang pengorbanannya sebagai seorang ibu yang berjuang demi anak-anak.
“Dalam sabar ada kekuatan, dalam doa ada harapan. Asbiru warabitu, Ya Allah, kurniakan ketenangan dan kekuatan buat hati seorang ibu.
“Aku mengandungkan mereka dengan kasih, membesarkan mereka dengan kesabaran, mendidik mereka dengan doa dan impian. Setiap langkah, setiap keputusan semuanya demi mereka,” tulisnya.

Selain itu, Dr Afifah yang merupakan ibu kepada tiga cahaya mata turut meluahkan rasa syukur apabila kisah dan pengalaman ibu-ibu lain menjadi sumber kekuatan buat dirinya.
“Semakin banyak aku mendengar perjalanan ibu-ibu lain, semakin aku belajar untuk bersyukur.
“Terima kasih mommies, ibu, bonda, umi. Aku dengar kalian,” ujarnya.
Semalam, Nubhan dilaporkan memfailkan tuntutan hadanah (hak penjagaan) terhadap tiga anak hasil perkahwinan mereka iaitu Aafiyah, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3.
Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menetapkan 26 November ini bagi sebutan kedua untuk merekodkan persetujuan hasil perbincangan antara plaintif dan defendan.
Terdahulu, selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, Nubhan mengejutkan ramai apabila difahamkan telah menceraikan isterinya serta memfailkan pengesahan lafaz talak di Mahkamah Rendah Syariah Sepang yang ditetapkan untuk sebutan pada 2 Disember depan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








