Sedekad hidup bersama, Nubhan dan isteri akhirnya bercerai
KUALA LUMPUR – Selepas lebih sedekad mendirikan rumah tangga, penyanyi dan ahli perniagaan Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, 39, dilaporkan telah bercerai dengan isterinya.
Selebriti kelahiran Negeri Sembilan itu dijadualkan hadir di Mahkamah Rendah Syariah Sepang esok bagi prosiding pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.

Sumber terdekat pasangan terbabit memaklumkan bahawa permohonan pengesahan lafaz talak itu difailkan Nubhan pada awal bulan lalu.
“Setakat yang saya dimaklumkan, esok merupakan prosiding bagi pengesahan lafaz talak yang difailkan Nubhan di mahkamah syariah.
“Bila lafaz cerai itu dibuat kena tanya kepadanya. Mereka berdua akan hadir bersama peguam masing-masing,” kata sumber yang enggan dikenali.
Ditanya mengenai punca permohonan tersebut, pihak berkenaan menegaskan supaya persoalan itu diaju terus kepada Nubhan sendiri.
Bagaimanapun, difahamkan bintang Akademi Fantasia musim keenam itu kini tidak lagi sebumbung dengan Afifah Hidayah selepas melafazkan talak sekitar Ogos lalu, menandakan berakhirnya rumah tangga mereka.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |


