BERITA SEMASADALAM NEGERI

Doktor di Gaza rawat pesakit guna kaedah konvensional akibat kekurangan ubat, disekat Israel

SERI KEMBANGAN – Doktor di Gaza kini terpaksa menggunakan kaedah rawatan konvensional dan mengubah suai peralatan perubatan sedia ada berikutan kekurangan bekalan ubat serta kemudahan hospital akibat sekatan berterusan rejim Israel.

Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, keadaan itu dimaklumkan petugas kesihatan di Gaza ketika melakukan siaran langsung bersama delegasi Malaysia di atas kapal Conscience yang sedang dalam pelayaran ke wilayah berkenaan.

Beliau berkata, komunikasi secara langsung menerusi penggunaan teknologi Starlink itu membolehkan hubungan terus antara kapal dan pusat kawalan di Istanbul dan keluarga masing-masing di Malaysia.

“Delegasi di atas kapal Conscience melakukan sesi siaran langsung bersama hospital di Gaza, dan mereka memaklumkan kekurangan ubat serta peralatan perubatan sangat serius hingga memaksa doktor menggunakan kreativiti sendiri untuk merawat pesakit,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media berhubung misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) di sini, hari ini.

Baca juga : Kapal Conscience sertai misi FFC X TMTG diganggu dron – MyCARE

Dron
Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar.

Dalam masa sama, Kamarul Zaman merakamkan penghargaan terhadap komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, yang memberikan jaminan keselamatan serta bantuan diplomatik kepada peserta misi kemanusiaan itu.

Beliau turut memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan telah dimaklumkan lebih awal mengenai penyertaan dan pergerakan sembilan delegasi Malaysia dalam pelayaran ke Gaza bagi memastikan segala urusan berjalan lancar.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button