Danish Iftikhar raih tempat keenam final 200m Kejohanan Asia B-20
KUALA LUMPUR – Hasrat pelari pecut muda negara, Danish Iftikhar Muhammad Roslee untuk mencabar kedudukan podium acara 200 meter (m) lelaki pada Kejohanan Olahraga Asia Bawah 20 Tahun (B-20) di Hong Kong tidak kesampaian apabila menamatkan saingan di tempat keenam hari ini.
Pada perlumbaan akhir yang berlangsung di Kai Tak Youth Sports Ground, atlet berusia 19 tahun itu mencatat masa 21.32 saat (s).
Catatan tersebut bagaimanapun masih belum dapat menandingi rekod kebangsaan miliknya iaitu 20.73s yang dilakukan ketika meraih pingat gangsa acara 200m lelaki pada Sukan SEA Thailand 2025 di Bangkok, Disember lalu.
Pingat emas acara itu menjadi milik wakil Emiriah Arab Bersatu, Abdul Quddus Ahmed Ali selepas mencatat masa terpantas 20.85s.
Atlet China, Chen Jinxin pula meraih pingat perak dengan catatan 21.12s, manakala gangsa dimenangi wakil Sri Lanka, Sadew Wimansa Rajakaruna Senarath Mudiyanseiage yang merekodkan masa 21.13s.
Kejohanan Olahraga Asia B-20 yang membuka tirainya sejak Khamis lalu akan melabuhkan tirai esok.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








