Azeem Fahmi raih tempat pertama acara 60 meter di UAB Blazer Invitational
ALABAMA – Pelari pecut negara, Azeem Fahmi, berjaya meraih tempat pertama bagi acara larian dalam dewan peringkat kolej selepas menunjukkan prestasi cemerlang pada UAB Blazer Invitational 2026.
Atlet berusia 21 tahun itu mengejutkan ramai apabila mencatatkan masa 6.60 saat dalam acara 60 meter, menewaskan pencabar terdekat, Omari Lewis, yang merekodkan 6.66 saat, awal pagi tadi.
“Hari kejohanan tersebut juga menyaksikan rekod kejohanan baharu, beberapa catatan peribadi terbaik, rekod tertinggi negara, serta 12 atlet membuat penampilan pertama bagi Auburn,” menurut kenyataan Universiti Auburn, yang diwakili Azeem, di Instagram.
Baca juga : Azeem Fahmi tetap nombor satu terpantas di Carolina Utara walau rekod tidak diiktiraf
Azeem, pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou, kini mewakili Auburn dan terus mengukuhkan reputasinya di pentas antarabangsa.
Sebagai rekod, prestasi cemerlang Azeem itu juga menyamai rekod kebangsaan yang pernah dicatatnya pada Februari tahun lalu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














