SUKAN

Kuartet 4x100m lelaki negara tamat saingan di tempat kelima Kejohanan Olahraga Asia

KUALA LUMPUR – Kuartet lelaki negara menamatkan saingan acara lari berganti-ganti 4×100 meter (m) di kedudukan kelima pada Kejohanan Olahraga Asia Bawah 20 Tahun (B-20) di Hong Kong hari ini.

Menurut perkongsian di laman Facebook Olahraga Malaysia, barisan negara yang dibarisi Muhammad Sayyid Amin, Danish Irfan Tamrin, Muhammad Umaira Subri dan Danish Iftikhar Muhammad Roslee merekodkan masa 39.96 saat (s) dalam perlumbaan akhir yang berlangsung di Kai Tak Youth Sports Ground.

Pingat emas acara itu dimenangi Korea Selatan selepas mencatat masa terpantas 39.75s.

Thailand pula meraih pingat perak dengan catatan 39.83s, manakala Taiwan melengkapkan kedudukan podium apabila merangkul gangsa menerusi masa 39.86s.

Kejohanan Olahraga Asia B-20 yang membuka tirainya pada Khamis lalu melabuhkan tirainya hari ini.

Related Articles
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button