Dakwaan Pulau Sebatik jadi milik Indonesia tidak benar
LAHAD DATU – Dakwaan kononnya kawasan seluas 127.3 hektar di Pulau Sebatik yang sebelum ini berada dalam wilayah Malaysia kini menjadi milik Indonesia adalah tidak benar.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan laporan berhubung perkara itu tidak tepat serta tidak mencerminkan hasil sebenar rundingan sempadan antara Malaysia dan Indonesia.
“Perkara itu tidak betul… siapa yang cakap diserahkan? Media Indonesia? Itu tidak betul.
“Kita sebenarnya memperoleh manfaat, namun saya bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pak Prabowo Subianto (Presiden Indonesia) tidak boleh mengeluarkan kenyataan lanjut,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Datuk Abdul Hakim Gulam Hassan, di sini, semalam.
Terdahulu, media tempatan Indonesia melaporkan Ketua Staf Presiden (KSP), M. Qodari mendakwa kawasan seluas 127.3 hektar di Pulau Sebatik yang berada di Malaysia kini sah menjadi milik Indonesia.
Menurut Qodari, perubahan itu adalah hasil rundingan diplomatik berhubung penyelesaian sempadan darat antara kedua-dua negara.
Pada masa sama, beliau memaklumkan penyelesaian tersebut turut melibatkan sebahagian kecil kawasan Indonesia yang kini termasuk dalam wilayah Malaysia.
Bagaimanapun, keluasan kawasan terbabit hanya sekitar 4.9 hektar, jauh lebih kecil berbanding kawasan yang didakwa berpindah kepada Indonesia.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







