POLITIK

Dakwaan BERSATU jalin kerjasama dengan PKR hanya spekulasi

PETALING JAYA – Desas desus bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan menjalin kerjasama dengan PKR hanyalah satu spekulasi yang tidak berasas.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Fuziah Salleh berkata, spekulasi tidak boleh dijadikan sesuatu yang mengikat dalam sebarang bentuk penjajaran politik, lapor UM Online.

“Spekulasi,” katanya ringkas dalam laporan tersebut..

Baru-baru ini, BERSATU menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa parti itu akan menyambung semula kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, dakwaan mengenai pertemuan dan perbincangan antara pemimpin BERSATU dan PKR bagi menjalinkan kerjasama dengan PH juga adalah tidak benar.

Spekulasi itu kembali timbul selepas Mohamed Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang menarik perhatian ketika persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam dengan merujuk beberapa ADUN PH sebagai “rakan” dan “teman”.

Ketua Pembangkang Selangor itu menyifatkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, sebagai “adik”, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Ng Suee Lim, sebagai “rakan”, manakala ADUN Sentosa, Gunaraj R. George sebagai “teman”.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Selangor, Datuk Borhan Aman Shah berkata, sebarang bentuk kerjasama perlu diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pusat parti.

Beliau berkata, Majlis Pimpinan Negeri Selangor tidak pernah membincangkan sebarang bentuk kerjasama dengan Bersatu.

“Kita serahkan kepada kepimpinan pusat,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button