POLITIK

Ketua Pemuda PAS persoal gesaan hormati rakan PN

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden mempersoalkan keikhlasan segelintir pihak yang kini mendesak supaya parti itu menghormati ketetapan parti komponen Perikatan Nasional (PN) berhubung pelantikan pengerusi baharu.

Beliau berkata, prinsip saling menghormati perlu diamalkan secara konsisten bukan hanya apabila sesuatu keputusan memberi kesan kepada kepentingan sendiri.

“Ada yang kata minta PAS hormati ketetapan parti-parti komponen mengenai pelantikan Pengerusi PN yang baharu kelak. Nak tanya sikit, masa kamu umumkan pemimpin parti kamu sebagai calon tunggal Perdana Menteri, ada kamu hormat ketetapan parti-parti rakan?” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook cari ini.

Afnan turut berkata, tindakan mengumumkan calon tunggal Perdana Menteri dalam majlis yang turut dihadiri rakan gabungan sebelum ini, serta isu penandatanganan akuan berkanun (SD) di Perlis yang didakwa menjatuhkan Menteri Besar daripada parti rakan, yang menurutnya menunjukkan sikap tidak menghormati pendirian sekutu politik.

“Bila kena kepada rakan tidak mengapa, tidak perlu hormat. Tetapi apabila kena kepada diri sendiri, barulah mendesak supaya orang lain hormat kita,” katanya lagi

Beliau turut berkata, hubungan dalam mana-mana gabungan politik hanya boleh diperkukuh sekiranya semua pihak mengamalkan prinsip saling menghormati.

“Kalau mahu rakan beri hormat, kenalah hormat juga rakan. Itu asasnya,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button