Hadi Awang tolak terajui PN, PAS masih ada calon lain
MARANG – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menolak kemungkinan dirinya menerajui Perikatan Nasional (PN) bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan berkuat kuasa semalam.
Beliau sebaliknya berkata, PAS mempunyai ramai calon dalam kalangan agamawan mahupun teknokrat namun Ahli Parlimen Marang itu masih menutup mulut mengenai identiti calon yang akan dikemukakan.
“Kita dalam keadaan keuzuran, tetapi calon yang akan dipilih untuk memimpin PN akan dibincangkan pada mesyuarat minggu depan, yang pasti pengerusi gabungan itu adalah kalangan pemimpin PAS,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, di sini hari ini.
Jelas beliau, mesyuarat mengenai calon pengerusi PN baharu akan berlangsung minggu depan yang dijangka turut dihadiri pemimpin BERSATU.
“Mesyuarat itu nanti akan bersama-sama BERSATU. (Pemimpin) yang letak jawatan itu atas dia (sama ada) hendak datang (mesyuarat) atau tidak,” katanya lagi.
Dalam perkembangan bekaitan, Abdul Hadi turut memberitahu, hubungan antara PAS dan BERSATU masih baik walaupun Muhyiddin dan beberapa pengerusi PN di beberapa negeri mengumumkan meletak jawatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







