POLITIK

PN tolak deraf MoU peruntukan?

CYBERJAYA – Perikatan Nasional (PN) difahamkan menolak deraf memorandum persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang disediakan kerajaan.

Laporan portal FMT yang memetik sumber dalaman perikatan politik itu berkata, keputusan tersebut dibuat sebulat suara Ahli Parlimen pembangkang yang bermesyuarat, Isnin lalu.

Katanya, deraf tersebut ditolak atas sebab ‘kecacatan’ kandungan dan beberapa syarat yang perlu dipatuhi.

“Keputusan dah ada dan kita akan tolak,” kata sumber tersebut.

Sehubungan itu, pimpinan PN akan memaklumkan keputusan rasmi itu kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof selaku wakil kerajaan dalam masa terdekat.

Dakwa sumber itu, satu daripada 13 syarat meminta PN mengisytiharkan prinsip semua rakyat mempunyai hak asasi dan kebebasan tanpa perbezaan bangsa, etnik atau agama mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Setiap rakyat juga mempunyai hak mendapatkan perlindungan saksama daripada sebarang bentuk diskriminasi atau hasutan.

“PN tak kisah jika wakil rakyat kena isytihar harta tetapi bimbang syarat ini yang boleh mengganggu gugat hak istimewa orang Melayu,” dakwa sumber itu yang turut memaklumkan MoU itu akan berkuat kuasa sehingga pembubaran Majlis Parlimen Ke-15 atau 19hb Disember 2027.

Jelasnya, turut dipersoal ketiadaan penetapan jumlah peruntukan selain syarat yang didakwa mengehadkan ‘suara’ pembangkang membangkitkan sesebuah isu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button