Krisis BERSATU: 2 ADUN Kedah dipecat, 5 Ahli Parlimen digantung
Dalam notis itu, memaklumkan bahawa Lembaga Disiplin telah bersidang dan seterusnya membuat keputusan selaras dengan peruntukan FASAL 22.5 Perlembagaan BERSATU.
“Pihak Lembaga Disiplin telah bersidang dan telahmemutuskan bahawa yang berhormat dipecat hak-hak keahlian dalam parti di bawah Fasal 22.5 berkuatkuasa mulai tarikh surat ini dikeluarkan atas tindakan melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan dan Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli.
“Notis ini berkuat kuasa serta-merta. Walaubagaimanapun pihak yang berhormat boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan untuk pertimbangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis ini,” tulis notis itu.
Dalam notis berasingan lima Ahli Parlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BERSATU digantung keahlian selama dua penggal pemilihan parti.
Lima Ahli Parlimen yang digantung ialah Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz; Ahli Parlimen Rompin, Datuk Khalib Abdullah; Ahli Parlimen Lumut, Komander (B) Nordin Ahmad Ismail; Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid dan Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor.
Dua ADUN yan digantung keahlian pula ialah ADUN Chenderoh, Syed Lukman Hakim Syed Mohd Zain dan ADUN Kuala Sepetang, Ahmad Man.
Sementara itu, tiga Ahli Parlimen iaitu Ahli Parlimen Sabak Bernam, Kalam Salan; Ahli Parlimen Kangar, Zakri Hassan dan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Roslan Hashim diberi amaran.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








