POLITIK

BERSATU pecat Wan Saiful, gantung keahlian Wan Ahmad Fayhsal satu penggal

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memecat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Wan Saiful Wan Jan, selepas didapati melanggar perlembagaan serta kod etika parti.

Lembaga Disiplin BERSATU memaklumkan keputusan itu dibuat selepas menerima aduan bertulis daripada ahli parti terhadap beberapa individu yang disyaki melanggar tatakelakuan dan peruntukan parti.

Selain Wan Saiful, empat lagi ahli turut dipecat iaitu Mohd Azrudin Md Idris, Mohd Faizal Asmar, Mohd Fahdli Ismail dan Mohd Isa Mohd Saidi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, digantung hak keahliannya bagi tempoh satu penggal di bawah Fasal 22.5 Perlembagaan BERSATU.

Menurut kenyataan itu, sesi pendengaran kes telah diadakan pada 8 Oktober 2025, dengan tindakan disiplin diambil berdasarkan siasatan menyeluruh serta berpandukan Fasal 9.1.4 dan Kod Etika serta Tatakelakuan Ahli.

“Lembaga Disiplin membuat keputusan secara bebas, telus dan adil tanpa sebarang campur tangan luar,” jelas kenyataan tersebut.

Lembaga itu turut berkata, ahli yang dikenakan tindakan berhak mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan dikeluarkan.

“Lembaga Disiplin menyeru semua ahli agar sentiasa mematuhi perlembagaan serta kod etika parti bagi menjaga integriti dan nama baik Bersatu,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button