Bersatu tidak akan pecat MP Bukit Gantang – Hamzah
KUALA LUMPUR – Bersatu tidak akan mengambil tindakan memecat Ahli Parlimen Bukit Gantang selepas beliau secara terbuka menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, Bersatu ingin Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal melepaskan sendiri kerusi Bukit Gantang.
“Kalau kita pecat dia… dia jadi bebas. Pasal apa kita nak bagi dia jadi bebas,” katanya dalam program terbitan MalaysiaGazette yang disiarkan di media sosial laman tersebut.
Sebagai rekod, Syed Abu Hussin merupakan ahli Parlimen daripada Bersatu yang kelima menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Anwar.
Sebelum ini, empat ahli Parlimen daripada Bersatu bertindak menyokong Anwar.
Sokongan itu bermula dengan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid pada 12 Okt lalu, diikuti Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman pada 30 Okt, Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik.
Hamzah yang juga Setiausaha Agung Bersatu, bagaimanapun berkata pilihan raya akan menentukan sama ada rakyat Bukit Gantang bersama Syed Abu Hussin.
“Tanding semula dan kita lihat mandat rakyat bersama dia atau PN,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








