Wan Saiful tarik balik rayuan pemecatan
PETALING JAYA – Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan memutuskan menarik balik rayuan pemecatannya daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), beberapa hari selepas menyatakan untuk mencabar tindakan itu.
Dalam catatan di Facebook, Wan Saiful berkata, beliau telah menghantar surat berkenaan semalam kepada Lembaga Rayuan.
Oktober lalu, Wan Saiful dipecat BERSATU kerana melanggar perlembagaan dan kod etika parti.
Menurut surat pemakluman kepada Lembaga Rayuan, Wan Saiful mengucapkan penghargaan kepada badan berkenaan yang disifatkannya ‘profesional dan telus’, sambil mengkritik Lembaga Disiplin.
“Yang mana ini adalah jauh berbeza dengan sikap ahli-ahli Lembaga Disiplin,” katanya memetik FMT.
Beliau mendakwa, BERSATU juga tidak mempunyai masa depan kerana Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin merelakan diri dikuasai Setiausaha Agung, Datuk Seri Azmin Ali.
“Maka dengan itu, saya menarik balik rayuan berkuat kuasa serta merta,” katanya.
Pada 13 Feb, BERSATU memecat Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin, disusuli 16 pemimpin lain termasuk tiga Ahli Parlimen iaitu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang), Azahari Hasan (Padang Rengas) dan Fathul Huzir Ayob (Gerik).
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














