AUTOMOTIF & TEKNOLOGIBERITA SEMASA

Daihatsu akui manipulasi data ujian keselamatan

Antara model terlibat termasuk Perodua Axia dan Toyota Yaris ATV

CYBERJAYA – Daihatsu Motor Co. mengakui pihaknya telah memanipulasi data ujian keselamatan yang dijalankan bagi permohonan kelulusan keselamatan, melibatkan 88,000 kenderaan yang telah dijual di beberapa buah negara termasuk Malaysia.

Antara model yang terlibat dalam manipulasi data tersebut termasuk Toyota Yaris Ativ buatan Thailand dari Ogos lalu dan Perodua Axia yang dikeluarkan di Malaysia bermula dari Februari.

Dalam ujian tersebut, Daihatsu mengakui telah mengubah suai lapisan pintu tempat duduk depan dengan menambah satu takikan yang meminimumkan risiko panel pintu daripada pecah dan menghasilkan bucu tajam.

Ubahsuai tersebut dilakukan bagi ujian pelanggaran sisi dan dibuat bagi mengelakkan penemuan potensi risiko kecederaan.

Bagaimanapun, pengubahsuaian tersebut tidak dibuat pada kenderaan yang dikeluarkan.

Berikutan itu, Pengerusi Toyota Motor Corporation, Akio Toyoda menyatakan beliau percaya masalah ini tidak terhad kepada Daihatsu sahaja, dan mungkin turut berlaku kepada Toyota.

“Kami sedang menyiasat bagaimana panel sisi Yaris dan model lain telah ditukar untuk ujian keselamatan dan memohon maaf atas apa yang berlaku kerana dilihat sebagai pencabulan ke atas kepercayaan pengguna,” kata Toyoda.

Beliau kemudiannya berkata, Toyota akan memulakan siasatan terperinci dan mengumpul fakta menyeluruh untuk memahami situasi yang berlaku.

Untuk rekod, Daihatsu dimiliki penuh oleh Toyota sejak 2016.

Difahamkan, penghantaran kesemua model yang terlibat dalam manipulasi data tersebut sudah dihentikan, sementara siasatan dijalankan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button