BERITA SEMASA

[Galeri foto] Menteri KPKT lancar Ops Siaga Raya Aidilfitri 2024

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming hari ini merasmikan Majlis Pelancaran Ops Siaga Raya Aidilfitri 2024 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang diadakan di pusat beli belah Sogo, Kuala Lumpur.

Ops Siaga Raya Aidilfitri dilancar bagi menyusun strategi awal persediaan dan kesiapsiagaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menghadapi insiden kecemasan sepanjang musim perayaan ini.

Kor Ming berkata, program kesedaran awam seumpama itu merupakan platform terbaik untuk tujuan pendidikan, penguatkuasaan, pencegahan dan pemantauan keselamatan terutama ketika musim perayaan.

“Usaha proaktif ini merupakan inisiatif strategik ke arah meningkatkan kesedaran masyarakat tentang amalan keselamatan dan pencegahan kebakaran, mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.

“Ia juga bertujuan memberi pendedahan kepada umum tentang keselamatan ketika melaksanakan aktiviti di musim perayaan,”katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button