Nutriplus, Alif Satar satukan semangat patriotisme menerusi ‘Kibar Cinta Merdeka’
KUALA LUMPUR – Semangat patriotisme, perpaduan dan kebanggaan sebagai rakyat Malaysia diterjemahkan menerusi lagu dan video muzik khas berjudul ‘Kibar Cinta Merdeka’, hasil kolaborasi jenama makanan sejuk beku dan telur, Nutriplus bersama penyanyi dan personaliti terkenal, Alif Satar & The Locos.
Karya berkenaan dilancarkan sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, dengan membawa mesej bahawa semangat kemerdekaan bukan sekadar mengenang sejarah, sebaliknya turut menghargai kebersamaan yang menyatukan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang.
Menerusi melodi bertenaga dan visual yang sarat dengan semangat Malaysia, Kibar Cinta Merdeka mengajak rakyat bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang serta meraikan rasa bangga sebagai anak Malaysia.
Sebagai artis yang sinonim dengan semangat positif, kekeluargaan dan kecintaan terhadap negara, Alif Satar membawa tenaga tersendiri kepada lagu berkenaan bersama The Locos.
“Kibar Cinta Merdeka adalah tentang kita semua. Walaupun kita datang daripada latar belakang yang berbeza, kita berkongsi satu tanah air dan satu rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.
“Kami berharap lagu ini dapat membawa semangat positif dan mengingatkan kita untuk terus menghargai kebersamaan yang menjadikan Malaysia begitu istimewa,” kata Alif Satar.
@nutriplusfc Check out new KIBAR CINTA MERDEKA by Alif Satar di youtube alif satar sekarang! #alifsatar #alifsatarandthelocos #thelocos
Menurut Nutriplus, lagu berkenaan diharap menjadi sebahagian daripada kemeriahan sambutan Merdeka dan Hari Malaysia tahun ini, sama ada didengari bersama keluarga, di sekolah, tempat kerja mahupun dikongsi menerusi media sosial.
Kolaborasi itu turut menjadi sebahagian daripada usaha Nutriplus mendekati pengguna bukan sahaja menerusi produk makanan berkualiti, malah melalui pengalaman dan kempen yang dekat dengan kehidupan rakyat Malaysia.
Sebagai jenama yang hadir dalam hidangan harian keluarga Malaysia, Nutriplus percaya makanan mempunyai keupayaan menyatukan masyarakat, daripada sarapan pagi bersama keluarga hingga ke meja makan ketika sambutan perayaan.
Semangat itu diterjemahkan menerusi Kibar Cinta Merdeka dengan mengetengahkan mesej mengenai keluarga, kebersamaan dan rasa cinta terhadap Malaysia.
Sementara itu, bersempena pelancaran lagu berkenaan, Nutriplus turut menganjurkan kempen Beli & Menang 999 Gold Egg dari 1 Ogos hingga 30 September 2026.
Pengguna hanya perlu membeli minimum RM35 produk telur atau makanan sejuk beku Nutriplus dalam satu resit untuk berpeluang memenangi hadiah menarik.
Antara hadiah yang ditawarkan ialah enam 999 Gold Egg dan 60 Touch ’n Go eWallet bernilai RM100.
Kempen berkenaan menjadi satu lagi cara Nutriplus berkongsi kemeriahan Bulan Kebangsaan bersama pengguna selain memberi ganjaran kepada penyokong setianya.
Dalam pada itu, video muzik rasmi Kibar Cinta Merdeka – Alif Satar & The Locos boleh ditonton menerusi saluran digital rasmi Nutriplus serta dikongsi melalui YouTube, Facebook, Instagram dan TikTok.
Nutriplus turut mengajak seluruh rakyat Malaysia menyemarakkan sambutan tahun ini dengan mengibarkan Jalur Gemilang serta bersama-sama membawa semangat Kibar Cinta Merdeka.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








