Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Selangor diadakan 30 Ogos – MB
SHAH ALAM – Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 peringkat negeri Selangor akan dilaksanakan pada 30 Ogos, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.
Menurut Amirudin, acara perarakan Hari Kebangsaan peringkat negeri itu, akan berlangsung seperti lazimnya dilakukan tahun- tahun sebelum ini, kecuali ada penambahan sesi amanat khusus sehari sebelum itu.
“Cuma bezanya tahun ini akan diadakan (sesi) amanat khusus, yang saya bakal sampaikan pada hari Jumaat 29 Ogos, sehari sebelum sambutan Hari Kebangsaan kepada ketua jabatan, wakil komuniti untuk memberikan sedikit hala tuju negeri Selangor menjelang tahun 2026.
“Di samping itu, (amanat tersebut) ia antaranya bagi melengkapkan (memaklumkan) beberapa pelan kita (kerajaan negeri) seperti Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dan Selangor Smart State,” katanya memetik laporan BERNAMA.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Selangor sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Auditorium Dewan Jubli Perak, semalam.
Turut dilaksanakan penyerahan Jalur Gemilang kepada sembilan pejabat daerah dan tanah serta 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








