BERITA SEMASA

CENTEXS Commercial komited angkat TVET sebagai pilihan utama kerjaya

KUCHING – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini bukan lagi sekadar laluan alternatif, sebaliknya telah diiktiraf sebagai pilihan utama dalam membina kerjaya berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan industri serta ekonomi masa hadapan.

Centre for Technology Excellence Sarawak (CENTEXS).

Centre for Technology Excellence Sarawak (CENTEXS) dalam satu kenyataan hari ini bersempena sambutan Hari TVET Negara 2026 berkata, anjakan paradigma itu selaras dengan tema sambutan tahun ini iaitu ‘TVET Pilihan Utama Kerjaya’.

Menurut agensi tersebut, pemerkasaan bidang berkenaan adalah kritikal bagi memastikan generasi muda dapat melangkah dengan yakin dan berdaya saing dalam mendepani cabaran dunia pekerjaan yang semakin dinamik.

“Semoga generasi muda terus melangkah dengan yakin, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan yang semakin dinamik, seterusnya menjadi tenaga mahir yang menyumbang kepada pembangunan negara,” kata CENTEXS menerusi hantaran di Facebook rasminya.

Sijil pengiktirafan Best Industry-Based Training Institution yang dianugerahkan kepada Centre for Technology Excellence Sarawak (CENTEXS) sempena Malaysia Education & TVET Awards 2024.

Sehubungan itu, institusi tersebut akan terus komited memacu agenda TVET negara khususnya di Sarawak melalui penyediaan latihan teknikal berimpak tinggi bagi melahirkan modal insan yang relevan dengan kehendak pasaran kerja moden.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button