Kerajaan sedia dana RM50 juta untuk TVET 2.0
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan persetujuan kerajaan untuk menyalurkan dana sehingga RM50 juta daripada Program Berimpak Tinggi di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) demi memperkukuh pelaksanaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) 2.0.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, penggunaan dana tersebut diletakkan di bawah syarat ketat, iaitu pihak majikan dan industri wajib menjalinkan kerjasama erat dengan kerajaan bagi memastikan keberhasilan agenda TVET 2.0.
“Saya tegaskan semula untuk membenarkan hingga RM50 juta daripada dana Program Berimpak Tinggi di bawah PTPK digunakan untuk TVET 2.0.
“Syaratnya ada… Majikan dan industri bekerjasama dengan kerajaan khususnya dalam Majlis TVET untuk menjayakannya supaya ada penyelarasan.
“Ini juga akan menambah tentang program latihan dan pendedahan,” kata beliau ketika merasmikan sambutan Hari TVET Negara 2026 di sini hari ini.
Hair sama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; barisan menteri Kabinet serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Di bawah kerangka Belanjawan 2026, peruntukan keseluruhan bagi PTPK ditetapkan sebanyak RM650 juta.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








