Cawangan Khas PDRM kesan kehadiran Al-Qaeda di Malaysia 22 bulan sebelum serangan 11 September
KUALA LUMPUR – Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan kehadiran operatif-operatif Al-Qaeda di Malaysia seawal Disember 1999 iaitu 22 bulan sebelum serangan pengganas 11 September 2001 (9/11) dilancarkan ke atas Amerika Syarikat.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, maklumat awal itu diperoleh hasil perkongsian perisikan antarabangsa dan segera ditindaklanjuti melalui operasi pemantauan rapi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

āPada malam 4 Januari 2000, saya bersama pegawai lain berada di KLIA untuk mengesahkan kehadiran Khalid Al-Mihdhar, anggota kanan Al-Qaeda.
“Beliau kemudian dikenalpasti sebagai salah seorang daripada lima individu yang merempuh Pentagon pada 11 September 2001,ā katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.
Menurut beliau, pemantauan ketika itu turut berjaya mengesan operatif lain iaitu Nawaf Al-Hazmi, Salah Saed @ Khallad Attash dan Ramzi Bin Al-Shibh.
Mereka berada di Kuala Lumpur dan Kajang dari 4 hingga 8 Januari 2000, sebelum berlepas ke Bangkok.

Khallad Attash, katanya, merupakan individu yang terlibat dalam serangan ke atas Kedutaan Amerika Syarikat di Tanzania dan Kenya pada 1998 serta menyelaras operasi serangan ke atas USS Cole di Aden, Yemen pada Oktober 2000.
Ayob Khan menjelaskan, siasatan mendedahkan kumpulan tersebut tidak menggunakan telefon hotel, sebaliknya memilih telefon awam dan kafe internet di Bukit Bintang bagi mengelak dikesan.
Rekod panggilan antarabangsa yang diperoleh menunjukkan nombor yang dihubungi mempunyai kaitan dengan jaringan Al-Qaeda di Timur Tengah, termasuk nombor milik Ahmad Al-Hada, bapa mertua Khalid Al-Mihdhar.
āSemua maklumat berhubung penerbangan, pasport dan nombor telefon ini dikongsi dengan agensi perisikan Amerika Syarikat.
“Namun, kelemahan perkongsian maklumat antara agensi di Amerika Syarikat sendiri menyebabkan tindakan lanjut tidak dapat diambil. Perkara ini juga dinyatakan dalam 9/11 Commission Report,ā jelasnya lagi.

Beliau berkata, hasil pemantauan terhadap jaringan itu kemudiannya membawa kepada pengesanan kumpulan Jemaah Islamiah (JI) di Malaysia.
Pada 11 Disember 2001, Cawangan Khas melancarkan operasi besar-besaran yang berjaya membongkar sel-sel JI yang turut beroperasi di Indonesia, Singapura, Filipina, Australia dan Thailand.
āKejayaan ini diiktiraf di peringkat antarabangsa dan membuktikan kemampuan Cawangan Khas sebagai salah satu agensi perisikan terulung dalam membanteras ancaman keganasan,ā katanya.
Ayob Khan turut menzahirkan penghargaan kepada mantan Pengarah Cawangan Khas ketika itu, Datuk Yusof Rahaman serta pegawai kanan lain yang disifatkan berpengalaman, teliti dan komited dalam menjaga keselamatan negara.
āPengalaman ini mengajar kami bahawa kekuatan Cawangan Khas bukan hanya terletak pada Bahagian Counter Terrorism semata-mata, tetapi hasil kerjasama semua bahagian yang berkhidmat di belakang tabir demi memastikan keamanan dan ketenteraman negara terus terpelihara,ā katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







