Caruman Perkeso meningkat enam kali ganda
KUALA LUMPUR – Jumlah caruman berdaftar Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melonjak hampir enam kali ganda pada suku pertama tahun ini dengan 471,000 pencarum berbanding tempoh sama tahun lalu.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, pertambahan caruman itu disumbang melalui peningkatan sebanyak 152 peratus atau 39,136 individu yang berjaya mendapat pekerjaan berbanding 15,520 pada suku pertama tahun sebelumnya.
Katanya, antara saluran penempatan pekerjaan itu adalah melalui portal perkhidmatan pekerjaan negara (MYFutureJobs).
Selain itu kata beliau, kutipan caruman peratusan Orang Berinsurans kembali bekerja menerusi Program Return to Work (RTW) juga menyumbang pulangan positif dengan lebihan pendapatan keseluruhan sebanyak RM608 juta sehingga April 2024.
“Ia adalah peningkatan pada kadar 1.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
“Momentum pertumbuhan positif ini diharap mampu diteruskan sehingga penghujung 2024, sekali gus berupaya menyambung legasi kecemerlangan pencapaian yang dilakar PERKESO pada tahun 2023,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Steven Sim berkata, Perkeso mensasarkan sejuta individu bekerja sendiri mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dan 500,000 caruman wanita mendaftar dan mencarum Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).
“Selaras misi 3K Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) iaitu Kebajikan, Kemahiran dan Keberhasilan pekerja serta seiring prinsip PERKESO ‘tiada siapa yang akan diabaikan’,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








