BERITA SEMASA

KESUMA beri tumpuan aspek perlindungan dalam pembentangan kerangka penambahbaikan Suruhanjaya Pekerja Gig

SUNGAI BAKAP – Pembentangan kertas dasar penambahbaikan kerangka kerja penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) pada bulan ini akan memberi tumpuan kepada tiga aspek utama.

Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, tumpuan penambahbaikan adalah pada aspek perlindungan iaitu pampasan ubah yang lebih baik, perlindungan keselamatan sosial dan mekanisma kilanan.

Tambah beliau, pembentangan kertas dasar tersebut akan dibuat dalam masa satu atau dua minggu lagi namun tertakluk kepada kelulusan Jemaah Menteri sekiranya melibatkan sebarang pindaan atau penggubalan undang-undang sedia ada.

“Dalam perkara ini, harus melihat apa definisi terbaik kepada pekerja gig, sebab sebelum masuk kabinet kita dah buat sesi libat urus dan mereka sebenarnya tidak mahu ditakrifkan sebagai pekerja konvensional, jadi perlu seimbangkan satu pihak dia bukan pekerja konvensional dan satu pihak lagi kebajikan perlu dijaga.

Steven berkata demikian ketika hadir ke Majlis Meraikan Peluncuran Tajaan kepada E-Hailing dan P-Hailing Zon Utara di sini pada Isnin.

Beliau berkata, pekerja gig tidak tertakluk kepada Akta Kerja 1955 dan sebarang aduan tidak boleh dibuat kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

“Dalam perkara ini, harus melihat apa definisi terbaik kepada pekerja gig, sebab sebelum masuk kabinet kita dah buat sesi libat urus dan mereka sebenarnya tidak mahu ditakrifkan sebagai pekerja konvensional, jadi perlu seimbangkan satu pihak dia bukan pekerja konvensional dan satu pihak lagi kebajikan perlu dijaga.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button