
Sivakumar disingkir kerana prestasi?
PETALING JAYA – Penyingkiran V. Sivakumar sebagai Menteri Sumber Manusia didakwa berpunca daripada aduan prestasi selain faktor dalaman partinya (DAP).
Menurut laporan FMT yang memetik sumber dalaman DAP, Sivakumar dikatakan gagal membuang pegawai kementerian itu yang “tidak kompeten” dalam pentadbiran terdahulu, sekali gus menjejaskan reputasinya.
Kata sumber, terdapat juga rungutan daripada penyokong parti berkait prestasinya, namun tidak diperincikan.
Sivakumar bukan dalam senarai pendek bagi jawatan menteri sebelum ini, menurut sumber itu lagi.
“Pelantikannya (sebagai menteri sumber manusia) mengejutkan banyak pihak dalam DAP kerana kami diberitahu namanya tiada dalam senarai pendek parti.
“Jadi, pengguguran Sivakumar dan pelantikan Steven Sim sebagai menteri penuh sebenarnya sejajar senarai pendek asal.”
Selasa lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan Sim, yang juga setiausaha organisasi DAP sebagai menteri sumber manusia. Sim sebelum ini adalah timbalan menteri kewangan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








