BERITA SEMASA

Jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Mekah – Menteri Agama

MEKAH – Seorang jemaah haji Malaysia, Nor Azamuddin Ahmad, 56 tahun, dilaporkan meninggal dunia di Tanah Suci Makkah pada Sabtu pukul 5.10 petang waktu tempatan akibat serangan jantung.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Setia Dr. Mohd Naim Mokhtar menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini.Jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Mekah – Menteri Agama

“Saya dengan penuh dukacita memaklumkan bahawa seorang lagi jemaah haji Malaysia, Amarhum Nor Azamuddin Ahmad dari KT073 telah kembali ke rahmatullah di Tanah Suci Mekah,” katanya lagi.

Menurut beliau, Allahyarham menetap di Bangunan Marsa Al Jariah, Maktab 81 (PJH – Mahabbateen) dan berada di Tanah Suci bersama isterinya, Rozina Saad.

Beliau berkata, Tabung Haji telah menguruskan segala urusan termasuk pengesahan kematian serta memaklumkan kepada waris di tanah air, manakala pengurusan jenazah akan dilaksanakan oleh petugas haji yang ditugaskan di Mekah.

“Saya mewakili seluruh rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum. Semoga mereka dikurniakan ketabahan dan kekuatan atas ujian ini,” katanya lagi.

Naim turut mengajak seluruh rakyat untuk mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham dan agar ditempatkan dalam kalangan para solihin.

“Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Al-Fatihah. Marilah kita semua mendoakan agar roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin. Amin ya Rabbal ‘alamin,” katanya lagi.

Setakat ini, media melaporkan seramai 15 jemaah haji Malaysia telah meninggal dunia di Tanah Suci sejak awal musim haji tahun ini.

Tabung Haji menasihatkan semua jemaah agar sentiasa menjaga kesihatan dan mengikuti nasihat petugas kesihatan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini, terutamanya dalam keadaan cuaca panas.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button