Lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia akibat serangan jantung
PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, memaklumkan seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci pagi tadi akibat serangan jantung.
Mohd Na’im berkata, jemaah berkenaan, Abdullah Mat, 59, yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Jiwar, Jabal Omar, Makkah.
“Pihak Tabung Haji akan menguruskan pelaksanaan badal haji untuk Allahyarham dan urusan berkaitan lain akan disempurnakan dengan sebaiknya.
“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan solihin,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook milik beliau hari ini.
Baca juga : 5,256 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Tanah Suci
Tambah Mohd Na’im, Abdullah yang juga jemaah dari Maktab 89A menginap di Abraj al Janadriyah ditemani arwah ditemani isterinya, Sarifah Hassan, sepanjang perjalanan haji ini.
Difahamkan, ini kes kedua membabitkan kematian jemaah haji Malaysia di tanah Suci selepas Allahyarhamah Norizah Tambonan, 47, yang dilaporkan meninggal dunia Jumaat lalu akibat serangan jantung.
Norizah yang berasal dari Batu Pahat Johor juga dilapor meninggal dunia di Hospital Jiwar.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








