BERITA SEMASA

Lebih 78,000 calon berjaya sambung pengajian di universiti awam – KPT

PUTRAJAYA – Seramai 78,883 calon lepasan prauniversiti berjaya mendapat tempat melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) bagi sesi kemasukan 2025/2026 melalui UPUOnline.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan berkata, jumlah itu merangkumi 71.8 peratus daripada keseluruhan 109,866 permohonan yang diterima pada tahun ini.

“Sebanyak 1,132 program pengajian Ijazah Sarjana Muda ditawarkan dengan pemilihan dibuat berdasarkan prinsip meritokrasi, iaitu menyusun calon mengikut markah merit tertinggi hingga terendah,” katanya.

Menurut KPT lagi, calon yang tidak berjaya masih berpeluang mengemukakan rayuan melalui UPUOnline® bermula pukul 12.00 tengah hari, hari ini hingga 14 September pukul 5.00 petang.

Sementara itu, KPT turut mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang berjaya.

“Semoga peluang menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi dapat dimanfaatkan sebaik mungkin,” menurut kenyataan itu lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button