BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Pukul rakan hingga pengsan: Polis tahan empat pelajar

SUNGAI PETANI – Polis menahan empat pelajar untuk membantu siasatan berhubung kejadian seorang pelajar lelaki dipukul hingga pengsan sebelum ditemui dalam tandas asrama sekolah berkenaan.

Mengesahkan penahanan empat pelajar berusia 16 hingga 17 tahun itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kejadian dikatakan berlaku pada tengah malam Isnin lalu.

“Setakat ini seorang daripada empat pelajar terbabit iaitu yang berusia 16 tahun direman di Mahkamah Sungai Petani untuk membantu siasatan, manakala tiga yang lain dilepaskan,” katanya dalam kenyataan.

Hanyan Ramlan berkata, ibu mangsa menerima panggilan daripada guru sekolah pada Isnin lalu pada pukul 9.05 pagi, yang memaklumkan anaknya ditemui pengsan dalam tandas sekolah itu.

Pelajar itu kemudian dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk mendapatkan rawatan.

“Ibu mangsa memaklumkan, anaknya memberitahu dia dipercayai dipukul beberapa pelajar kira-kira jam 12.10 tengah malam Isnin lalu sehingga pengsan.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku dalam asrama sekolah dengan punca dipercayai kerana mangsa dikatakan memburukkan rakan kepada salah seorang pelajar terbabit.

“Berikutan itu suspek mengajak tiga lagi rakannya untuk mencari mangsa sehingga menyebabkan pergaduhan berlaku,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button