
Kepimpinan PDRM perlu sentiasa tegas tangani isu salah laku – PM Anwar
Demi bawa perubahan kepada bangsa, negara
KUALA LUMPUR – Kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu sentiasa mengambil pendirian tegas terutamanya dalam soal isu salah laku.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menegaskan perkara itu berkata, pendirian sedemikian perlu diambil terutamanya dalam membawa perubahan demi bangsa dan negara.
“Sebab itu saya mohon kepimpinan polis, Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) ini untuk mengambil pendirian tegas, negara menuntut perubahan.
“Saya mewakili pandangan bahawa kita punyai keupayaan. Bukan leceh politik picisan, bukan simpang siur pergaduhan kaum dan agama yang tidak akan menguntungkan.
“Tetapi tumpu untuk menyelamatkan negara, aman dan meningkat laju, pemacuan pertumbuhan ekonomi itu menyelamatkan anak bangsa,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Peluncuran IPCC, Police, Friends and Collaborators (IPFC) di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini.
IPFC merupakan program di bawah Pelan Strategik IPCC yang berperanan sebagai badan pemantau bebas yang dipercayai bagi meningkatkan keyakinan rakyat kepada integriti pasukan polis.
Hadir sama, Yang di Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








