BERITA SEMASAPMX

PM Anwar umum 15 Sept depan hari kelepasan am tambahan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan 15 September depan sebagai sebagai hari kelepasan am tambahan sempena Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.

“Hari kelepasan ini bagi menghargai ukhwah perpaduan dan keistimewaan pembentukan Malaysia.

“(Cuti tambahan) Ini juga bagi memberi galakan supaya rakyat dapat menjalin silaturahim sesama keluarga di kampung atau meluangkan masa bercuti di dalam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Pengumuman Penghargaan untuk Rakyat Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi semua saluran televisyen utama serta platform media sosial, hari ini.

Sambutan Hari Malaysia 2025 pada 16 September ini akan diadakan di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth, Pulau Pinang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button