PMXBERITA SEMASA

PM sampaikan sumbangan ringankan beban lagenda skuasy negara

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan sumbangan kepada bekas pemain skuasy negara, Kenneth Low.

Kata Anwar, sumbangan tersebut diserahkan Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi, ketika menziarahi Kenneth di Wangsa Maju.

Hadir sama, Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed dan Presiden Mutliracial Revert Muslims (MRM), Firdaus Wong.

“Mendapat perkhabaran bahawa lagenda skuasy negara, Kenneth Low menghidap penyakit multiple sclerosis, penyakit kronik berkaitan dengan saraf.

“Semoga beliau diberikan kekuatan dan kesembuhan dengan segera,” kata Perdana Menteri dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button