Lelaki warga asing cuba terjun bangunan
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga asing berusia 34 tahun diselamatkan pihak berkuasa selepas dipercayai cuba terjun dari bumbung tingkat empat sebuah bangunan di Jalan Nipah, di sini malam tadmmi.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 9.25 malam selepas pihaknya menerima maklumat mengenai lelaki berkenaan.
Katanya, sepasukan anggota polis kemudian digerakkan ke lokasi dan mendapati lelaki terbabit berada di bahagian bumbung tingkat empat.
“Usaha memujuk serta menenangkan lelaki berkenaan dilakukan sebelum dia berjaya diselamatkan pihak berkuasa kira-kira pukul 11.10 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur menggunakan ambulans bomba untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Keadaannya kini stabil dan terkawal,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








