BERITA SEMASA

Wanita dedah taktik warga asing minta guna IC untuk isi minyak

CYBERJAYA – Seorang pengguna media sosial berkongsi pengalaman didatangi seorang warga asing yang didakwa cuba menggunakan kad pengenalan (IC) miliknya untuk mengisi minyak di sebuah stesen minyak di sini.

Menerusi hantaran di platform Threads, wanita yang menggunakan akaun @aliaasyazwanii itu berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang mengisi angin tayar motosikal di stesen minyak Petronas, di sini.

Menurutnya, seorang lelaki warga asing yang memandu sebuah Proton X50 menghampirinya dan meminta bantuan untuk mengisi minyak menggunakan kad Visa.

Namun, permintaan tersebut menimbulkan tanda tanya apabila lelaki itu sebenarnya mahu menggunakan kad pengenalan miliknya.

“Eh, jatuh otak aku. Dia nak guna IC aku which is my BUDI tu. Aku terus jawab no, no. I cannot do that. Later police will caught me,” tulisnya.

Tambahnya, lelaki berkenaan masih menunggu berhampiran motosikalnya sebelum dia beredar dari lokasi kejadian, namun situasi itu berjaya dielakkan tanpa sebarang insiden tidak diingini.

“Aku terus pam angin, dia tunggu je tepi motor tu. Nasib baik ada abang belakang nak isi angin motor juga.

“Just nak remind semua, jangan bagi kad bank/IC/apa-apa personal info dekat orang tak dikenali walaupun nampak macam perlukan bantuan. Better safe than sorry,” tegasnya.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian warganet yang menyokong tindakannya.

“Kad kredit/debit negara luar atau warga asing tak boleh pakai dekat pam lagi dah. Diorang kena bayar kat kaunter. Ini untuk kawal warga asing beli RON95,” komen @midz_81.

“Diorang pandai kan nak trick orang local pinjam IC. Padahal kau bukan takde cash pergi bayar kat kaunter,” kata @nurhafizamddil.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button