BERITA SEMASA

Budaya ‘hooligan’ tiada ruang dalam sukan negara

KUALA LUMPUR – Budaya ‘hooligan‘ tidak seharusnya dibenarkan bertapak dalam landskap sukan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, budaya samseng yang negatif itu bertentangan dengan semangat kesukanan dan juga norma budaya masyarakat Malaysia yang menekankan aspek toleransi, adab dan kesopanan dalam setiap tindakan.

“Semua orang menyokong pasukan mereka atau negeri atau wilayah mereka, tetapi itu tidak membolehkan mereka untuk membuat huru-hara dan mengamalkan hooliganism.

“Jadi kita akan melakukan perubahan. Jangan ambil budaya samseng itu dalam sukan seperti yang anda baca dan lihat serta tonton di televisyen daripada pengalaman negara lain,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Ibu Pejabat Baharu MOM di Kompleks Sukan Bukit Jalil, di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif dan Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

Tambah beliau, sukan sepatutnya berperanan sebagai satu kuasa yang menyatukan rakyat Malaysia dari semua latar belakang dan tidak harus dinodai dengan tingkah laku tidak terkawal atau memecah-belahkan.

Anwar turut berkata, bersemangat dalam sukan adalah biasa namun tidak boleh dijadikan alasan untuk mewajarkan tingkah laku yang bertentangan dengan semangat kesukanan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button