BERITA SEMASAPMX

PM kongsi momen bersama cucu, maklum kian pulih selepas batal lawatan ke Pahang

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi detik manis bersama cucunya dalam satu video ringkas di media sosial hari ini, sambil memaklumkan bahawa beliau kini semakin pulih selepas berehat atas nasihat doktor.

“Healing dengan cucu. Alhamdulillah, kian beransur pulih. Terima kasih atas doa semua,” tulis Anwar dalam kapsyen video tersebut.

Menerusi hantaran berdurasi 16 saat itu, Anwar dilihat berada dalam suasana santai sambil bertanya kepada cucunya, “Can I kiss you?”

Beliau kemudian berseloroh dengan bertanya lagi, “Can I kiss your mama?” lantas mencium kepala anak perempuannya dan diikuti ciuman di kepala cucunya pula.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan bahawa Anwar membatalkan lawatan kerja ke Pahang yang dijadualkan semalam atas nasihat doktor bagi membolehkan beliau berehat dan menjalani rawatan kesihatan ringan.

Video berkenaan mencuri perhatian ramai dengan netizen memenuhi ruangan komen untuk mendoakan kesihatan Perdana Menteri agar kembali pulih sepenuhnya.

“Semoga kembali sihat seperti sedia kala PMX,” tulis Mohd Naqiuddin.

“Syafakallah Datuk Seri. Jaga kesihatan dan semoga sentiasa dalam perlindungan Allah SWT, Insya-Allah,” komen seorang lagi pengguna, Mohd Saifullah Razali.

Hantaran tersebut dikongsi Perdana Menteri di semua platform media sosial rasmi beliau.

Setakat ini, video tersebut meraih lebih 300,000 tontonan, 14,600 reaksi dan 1,200 komen.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button