BERITA SEMASAPMX

Anwar seru semai perpaduan sempena Deepavali

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat supaya memanfaatkan sambutan Deepavali untuk memperkukuh semangat perpaduan serta saling menghormati dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

Beliau berkata, perayaan Pesta Cahaya itu melambangkan kemenangan cahaya mengatasi kegelapan, kebaikan menundukkan kejahatan dan kekuatan ilmu mengatasi kejahilan.

Menurutnya, sebagai bangsa yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan kepercayaan, rakyat wajar terus memupuk persefahaman antara satu sama lain demi keharmonian negara.

“Gunakan kesempatan ini untuk menyemai perpaduan, menyantuni mereka yang memerlukan, dan memperteguh semangat kekitaan yang menjadi asas kekuatan negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook sempena Deepavali yang disambut hari ini.

Perdana Menteri turut berharap agar sambutan Deepavali tahun ini diraikan dengan penuh kesyukuran serta semangat kebangkitan pemikiran yang segar, demi mengangkat martabat rakyat menuju Malaysia yang lebih harmoni dan sejahtera.

Pada masa sama, beliau turut mengucapkan Selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut Hindu di negara ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button