BERITA SEMASA
Anwar doakan Dr Mahathir diberikan kesembuhan
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan supaya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas terjatuh di kediamannya pagi tadi diberikan kesembuhan.
“Saya dan Azizah mendoakan keafiatan dan kesembuhan segera buat Tun, insya-Allah,” tulisnya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.
Pagi tadi Dr Mahathir dikejarkan ke IJN dengan ambulans selepas terjatuh ketika berjalan dari satu bahagian balkoni ke ruang tamu rumahnya.
Bagaimanapun setakat ini keadaan Dr Mahathir masih belum diketahui dan menunggu makluman lanjut daripada doktor perubatan di IJN.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














