BERITA SEMASA

Penumpang pitam jatuh landasan, perkhidmatan LRT tergendala seketika

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya mengalami sedikit kelewatan pagi tadi selepas seorang penumpang pitam sebelum terjatuh ke landasan di Stesen Wangsa Maju.

Rapid KL dalam kenyataan memaklumkan kejadian berlaku kira-kira pukul 6.52 pagi, menyebabkan Sistem Platform Intrusion Emergency Stop (PIES) diaktifkan dan bekalan kuasa ke landasan diputuskan sementara.

Menurut kenyataan itu, penumpang terbabit berjaya dibawa keluar dari kawasan landasan oleh petugas stesen sebelum dibawa ke bilik kecemasan untuk mendapatkan rawatan awal.

“Penumpang yang berasa kurang sihat atau memerlukan pertolongan di stesen atau platform disarankan untuk mendapatkan bantuan daripada Polis Bantuan atau petugas stesen.

“Selain itu, penumpang juga dinasihatkan supaya sentiasa berada di belakang garisan kuning ketika berada di platform sebagai langkah keselamatan semasa menunggu tren,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button