POLITIK

Keahlian PKR Wangsa Maju digantung?

PETALING JAYA – Keahlian PKR Wangsa Maju berkemungkinan digantung setelah didapati tidak menepati syarat perlembagaan parti.

Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata, cadangan penggantungan itu akan dibawa kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP), lapor FMT.

Kata Fuziah, keputusan itu dibuat susulan mesyuarat khas bahagian semalam yang masih tidak menepati perlembagaan.

Jelas Fuziah, bahagian tersebut sebelum ini telah diminta mengadakan mesyuarat agung tahunan khas untuk membentangkan semula penyata kewangan 2024 yang tidak disahkan pejabat setiausaha agung.

“Tetapi, isunya (mesyuarat semalam) masih tidak menepati syarat perlembagaan parti, maka dengan itu mesyuarat agung tahunan khas tidak dapat disahkan dan bahagian itu digantung,” katanya, hari ini.

Fuziah berkata, penggantungan sehingga satu tempoh akan dimaklumkan pejabat setiausaha agung iaitu selepas kongres PKR.

Semalam, mesyuarat agung khas PKR Wangsa Maju yang diadakan bagi meluluskan pembentangan semula penyata kewangan 2024 menjadi kecoh selepas didakwa dilakukan secara tidak teratur.

Difahamkan, beberapa ahli tidak berpuas hati dengan perjalanan mesyuarat, susulan tiada penjelasan berhubung dakwaan pemalsuan dalam pembentangan penyata kewangan diluluskan pada 1 Mac lalu.

Susulan itu, Bendahari PKR Wangsa Maju, Chook Kin Heng meminta pimpinan menyiasat dakwaan kontroversi pemalsuan dalam pembentangan penyata kewangan 2024 yang dinafikan ketuanya, Lai Chen Heng, Sabtu lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button