BERITA SEMASA

Calon SPM dirakam berenang untuk duduki peperiksaan kini ditempatkan di asrama – JPN Pahang

KUANTAN – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang mengesahkan seorang pelajar tingkatan lima dari Kampung Kuala Kechau dekat Lipis yang terpaksa meredah air banjir bagi menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 sudah ditempatkan di asrama.

JPN Pahang dalam satu kenyataan hari ini berkata, siasatan mendapati laluan keluar dari rumah pelajar itu dinaiki air dengan sangat cepat menyebabkan mangsa terpaksa meredah air sebelum sempat dibawa ke asrama sekolah pada 29 November lalu.

“Murid itu sekarang ditempatkan di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Lanar dan berada dalam keadaan selamat serta bersedia menduduki peperiksaan bersama calon lain,” kata kenyataan itu.

JPN Pahang turut memberitahu, pihaknya dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dengan kerjasama sekolah menengah berasrama di sekitar daerah Lipis sudah menyediakan pelan kontigensi awal termasuk menyediakan kemudahan asrama kepada pelajar di kawasan terjejas banjir.

“Pihak PPD dan dan sekolah-sekolah sentiasa memantau serta memastikan keperluan dan keselamatan caln untu kmenduduki peperiksaan dengan sejahtera menjadi keutamaan pada musim tengkujuh ini,” kata kenyataan itu lagi.

Terdahulu tular di media sosial rakaman video berdurasi 53 saat yang menunjukkan seorang remaja lelaki dipercayai pelajar sekolah sedang berenang di kawasan dinaiki air dan seorang lelaki lain dipercayai bapanya turut berenang sambil menolak satu tong hitam besar berisi beg sekolah milik remaja berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button