BERITA SEMASA

Banjir: 4 laluan utama di Shah Alam ditutup

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menutup sepenuhnya empat laluan utama di sekitar Shah Alam selepas hujan lebat sejak awal pagi tadi menyebabkan paras air meningkat.

Menurut MBSA, penutupan itu dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai langkah keselamatan ekoran limpahan air yang membahayakan pengguna jalan raya.

Menurut kenyataan itu, empat laluan yang ditutup ialah di Jalan Seksyen 19, Seksyen 24 menghala ke Seksyen 23, Persiaran Jubli Perak dan Persiaran Perusahaan.

“MBSA menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan mengikuti arahan pihak berkuasa serta menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan risiko terperangkap dalam banjir kilat.

“Pengguna jalan raya juga diminta memantau perkembangan semasa bagi memastikan pergerakan lebih selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan seramai 1,106 mangsa daripada 298 keluarga di lima daerah ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor.

Sebanyak empat PPS dibuka di Hulu Langat, tiga di Kuala Selangor dan dua masing-masing di Sabak Bernam, Shah Alam dan Klang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button