MCMC giat baiki pemancar komunikasi terjejas akibat banjir
CYBERJAYA – Sebanyak 110 stesen pemancar komunikasi terjejas akibat banjir dengan 24 daripadanya telah pulih dan kembali beroperasi, maklum Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
MCMC dalam satu kenyataan hari ini berkata, Pejabat Negeri MCMC di empat buah negeri terlibat banjir iaitu Kelantan, Pahang, Selangor dan Terengganu sedang giat mencari penyelesaian bagi baki 86 stesen pemancar komunikasi yang belum beroperasi.
Katanya, sekiranya terdapat sebarang masalah rangkaian di negeri-negeri terjejas banjir, berikut merupakan talian MCMC yang boleh dihubungi jika sebarang bantuan berkaitan komunikasi diperlukan:

Dalam pada itu, MCMC turut menzahirkan rasa simpati kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara pada ketika ini.
“Dalam keadaan sukar ini, MCMC memahami bahawa telekomunikasi adalah aspek penting bagi menghubungkan mangsa yang terjejas banjir dengan ahli keluarga masing-masing,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








