Ismail Sabri dimasukkan ke IJN sebelum hadir ke mahkamah
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sebelum dijadualkan hadir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Perkara itu disahkan peguam beliau, Ragunath Kesavan ketika dihubungi media.
Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai keadaan kesihatan Ismail Sabri.
Sementara itu, sumber Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan pasukan pendakwaan tetap akan hadir ke Mahkamah Sesyen terlebih dahulu sebelum membuat keputusan sama ada perlu ke IJN.
“Kami akan ke mahkamah terlebih dahulu, namun kemungkinan besar akan ke IJN selepas itu,” memetik Buletin TV3.
Terdahulu, Ismail Sabri dijadualkan hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada pagi Jumaat bagi menghadapi pertuduhan yang dikaitkan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








