BERITA SEMASAJOM RONDA

Bufet Ramadan: TAMU Hotel & Suites tawar lebih 170 juadah, pakej penginapan serendah RM160

KUALA LUMPUR – Dengan hanya beberapa hari lagi sebelum Ramadan tiba, Hotel bertaraf empat bintang, TAMU Hotel & Suites, menawarkan tawaran istimewa kepada mereka yang ingin menginap sambil menikmati bufet Ramadan sepanjang bulan yang mulia ini.

Tampil dengan tema ‘Ramadan Extravaganza’, Restoran Suasana@27 di aras 27, TAMU Hotel & Suites bakal menyajikan lebih 170 juadah berbuka puasa khususnya membabitkan pelbagai juadah warisan tradisi Melayu.

Menurut Chef Eksekutif, Azizul Mohd Noor, atas permintaan ramai, menu hidangan makanan Masakan Warisan Tradisi Melayu dikekalkan memandangkan ianya sinonim dengan selera rakyat Malaysia.

“Menu utama kami yang menjadi buah mulut ramai pengunjung seperti Nasi Kambing Tagine Dulang Besar, sup ‘gear box’, Gulai Daging Batang Pisang dan kari kepala ikan juga dikekalkan selain menu hidangan masakan antarabangsa.

“Untuk kelainan Ramadan tahun ini, para tetamu akan disajikan juga menu baru sup kepala ikan selain menu hidangan masakan antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Chef Azizul berkata, para tetamu juga akan disajikan dengan hidangan utama seperti ayam rendang pedas, Patin Gulai Tempoyak, Kari Sotong ‘Ala Utara’, daging salai masak lemak, paru goreng sambal sawang, pajeri nanas dan masakan lemak putih pucuk ubi bersama keledek.

Menu hidangan makanan Masakan Warisan Tradisi Melayu yang bakal disajikan untuk bufet Ramadan di TAMU Hotel & Suites.
Pencuci mulut seperti potongan buah-buahan tempatan, kurma, 10 pilihan kuih Melayu, Sagu Gula Melaka, pulut mangga, pulut durian.

“Tidak ketinggalan juga menu pilihan di 16 gerai seperti Laksa Penang, rojak pasembur, goreng-gorengan, satay ayam, atay daging, murtabak dan roti john.

“Bagi makanan barat, kami yang menyediakan pasta, sup cendawan, dua jenis piza, shawarma ayam, kambing panggang, ikan bakar, mee goreng dan gerai donut dengan pilihan gula kayu manis, coklat putih dan donut strawberi.

“Untuk pencuci mulut, terdapat 10 pilihan kuih Melayu, Sagu Gula Melaka, pulut manga, pulut durian, dua pilihan kek dan pavlova,” ujarnya.

Dalam pada itu, bagi mereka yang menginginkan suasana yang lebih peribadi atau mahu mengubah rasa ke arah ‘Western’ pengunjung boleh memilih untuk membuat tempahan di restoran eksklusif di TAMU Sky Lounge dan Sky View.

Selain itu, terletak secara strategik dalam jarak berjalan kaki yang singkat ke Majid Jamek Kampong Bharu, TAMU Hotel & Suites merupakan tempat penginapan yang tepat dan selesa untuk menunaikan ibadah terawih, tadarus dan qiamullail.

“Sepanjang bulan Ramadan, TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur menawarkan tawaran pakej penginapan bilik istimewa pada harga bermula RM160 untuk dua hari satu malam dengan sahur percuma dan diskaun sebayank 20 peratus untuk bufet Ramadan,” katanya.

Baucar awal Ramadan telah dibuka untuk jualan dari hari ini sehingga minggu pertama Ramadan dengan kos RM99 untuk seorang dan tempahan boleh dilakukan menerusi talian hotel +603 2603 1999 +6019 303 9360.

Bagi pengunjung yang datang singgah terus untuk berbuka puasa tanpa tempahan daripada 2 sehingga 30 Mac, kos sebanyak RM169 untuk seorang akan di kenakan, maka disarankan untuk membuat tempahan awal.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button