BUDI95: Kerajaan tiada rancangan hadkan pembelian kepada sehari sekali
PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MoF) menjelaskan kerajaan tidak mempunyai rancangan mengehadkan pembelian RON95 kepada sekali sehari di bawah pelaksanaan Budi Madani RON95 (BUDI95).
MOF dalam satu kenyataan berkata, langkah mengehadkan pembelian kepada hanya sehari sekali tidak selaras dengan tujuan utama inisatif tersebut.

“Walaupun kerajaan sedang meneliti langkah untuk mengelakkan penyalahgunaan subsidi RON95, BUDI95 dilaksanakan dengan hasrat untuk memastikan keperluan harian rakyat Malaysia dapat dipenuhi.
“Had pembelian sekali sehari jelas tidak selaras dengan tujuan tersebut,” kata kenyataan tersebut, sebentar tadi.
Orang ramai boleh mula menyemak kelayakan penerimaan BUDI95 melalui portal www.budimadani.gov.my mulai Khamis ini.
Portal sama boleh digunakan untuk menyemak baki penggunaan bulanan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








