BERITA SEMASADALAM NEGERI

YWM raih Anugerah Industri Cemerlang ASEAN Perkhidmatan Kewangan Islam

KUALA LUMPUR – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) mengukuhkan reputasinya sebagai peneraju pembangunan wakaf negara apabila merangkul Industry Outstanding Award (ASEAN Islamic Financial Services) pada Malaysia Industry Award (MINDA) 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), 7 Ogos lalu.

Majlis berprestij bertemakan ‘Champions of Change – Shaping ASEAN’s Future’ itu mengiktiraf kepimpinan organisasi yang menunjukkan komitmen luar biasa dalam membentuk masa depan ASEAN yang mampan dan progresif.

Anugerah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof, kepada Ketua Pegawai Eksekutif YWM, Dr. Ridzwan Bakar.

Menurut YWM, pengiktirafan itu adalah hasil usaha bersepadu dalam membina legasi wakaf serta memperkasa ekosistem kewangan Islam berasaskan instrumen wakaf yang inovatif, strategik, berimpak tinggi dan inklusif.

“Penganugerahan ini menjadi simbol usaha kolektif semua pihak dalam memartabatkan wakaf sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi yang dinamik dan progresif.

“YWM akan terus komited menerajui inovasi wakaf negara dan memperluaskan manfaatnya kepada seluruh masyarakat,” jelas kenyataan itu.

YWM turut merakamkan penghargaan kepada semua pemegang taruh khususnya para pewakaf yang menjadi sebahagian daripada perjalanan kejayaan tersebut.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button