BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

AirAsia X dianugerah Best International Airline of the Year dua kali berturut-turut

SYDNEY – AirAsia X (AAX) sekali lagi dinobatkan sebagai Best International Airline of the Year pada Australian Aviation Awards 2025 buat kali kedua berturut-turut..

Anugerah berprestij itu disampaikan pada satu majlis di sini, Jumaat lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif AAX, Benyamin Ismail berkata, kemenangan itu merupakan pengiktirafan terhadap kecemerlangan AAX dalam menyediakan perkhidmatan penerbangan antarabangsa yang mampu milik, boleh dipercayai dan mudah diakses, selain strategi pengembangan laluan yang konsisten.

“Australia merupakan pasaran penting bagi syarikat, dengan lebih 10 juta penumpang diterbangkan antara Malaysia dan Australia sejak sedekad lalu.

“Pengiktirafan ini akan terus membakar semangat kami untuk memperluas kehadiran di Australia dan memberikan nilai serta perkhidmatan terbaik,” katanya dalam satu kenyataan.

Sempena musim puncak Disember 2025 hingga Januari 2026, AAX akan menambah tiga penerbangan mingguan dari Kuala Lumpur ke Melbourne dan Sydney, menjadikan setiap laluan beroperasi 14 kali seminggu atau dua kali sehari.

Langkah itu turut mengukuhkan perkhidmatan Fly-Thru AAX yang menghubungkan lebih 130 destinasi di Asia, Timur Tengah dan Asia Tengah termasuk Tokyo, Seoul, New Delhi, Beijing dan Istanbul.

Sementara itu, Ketua Pengarang Australian Aviation, Adam Thorn berkata, AAX terus menetapkan penanda aras penerbangan kos rendah jarak sederhana menerusi prestasi penumpang, pembangunan laluan serta komitmen terhadap inovasi dan kelestarian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button