DC Skin rangkul anugerah Super Health Brand, Dr Cute dinobat Duta Kesihatan Asia Pasifik
PUTRAJAYA – Jenama penjagaan kecantikan, DC Skin keluaran Dr. Cute International Sdn. Bhd. terus mengukuhkan kedudukannya apabila diiktiraf sebagai penerima anugerah Super Health Brand dalam majlis The Asia Pacific International Honesty-Book of Records 2026.
Pengasasnya, Dr Abdullah @ M Aliq Alias atau lebih dikenali sebagai Dr Cute berkata, pengiktirafan diterima bukan sekadar simbol kejayaan, sebaliknya amanah besar dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan memilih produk bebas bahan berbahaya seperti merkuri.
“Syukur dengan kedua-dua anugerah ini, dan saya lebih bersemangat bukan sahaja memberi tumpuan kepada bisnes, namun lebih besar fokus untuk mendidik masyarakat dalam memilih produk kosmetik yang selamat.
“Masyarakat kita masih lagi berpendapat untuk cantik perlu putih dan memilih produk yang dapat memberi kesan yang cepat, jadi sebagai seorang yang memiliki latar belakang bidang perubatan.
“Selain itu saya juga perlu lebih berusaha dalam memberi kesedaran kepada masyarakat” katanya kepada media selepas menerima anugerah tersebut di sini baru-baru ini.

Dalam majlis sama, Dr Cute turut menerima pengiktirafan sebagai Duta Kesihatan Asia Pacific, sekali gus memperkukuh reputasi DC Skin di pasaran selain menarik minat pelabur antarabangsa yang melihat produk berkenaan sebagai selamat dan diyakini.
Mengulas lanjut, Dr Cute berkata, pengalaman yang ditempuhi dalam dunia perniagaan turut mendorong beliau membuka klinik sendiri bagi menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan kulit.
@malaysiatribune Jenama penjagaan kecantikan, DC Skin keluaran Dr. Cute International Sdn. Bhd. terus mengukuhkan kedudukannya apabila diiktiraf sebagai penerima anugerah Super Health Brand dalam majlis The Asia Pacific International Honesty-Book of Records 2026. #malaysiatribune
Selain itu, beliau berjaya membangunkan formulasi produk sendiri yang menitikberatkan aspek keselamatan melalui kajian serta pendekatan klinikal.
“DC Skin kini berusia enam tahun dan antara pencapaian besar adalah tiga daripada produk kami telah berada di Watsons sejak Januari lalu” katanya sambil menambah antara rangkaian produk DC Skin termasuk suplemen VCSKNZ Probiotik, Gloskyn (oral sunblock) dan Lipotech.
Tambahnya, keunikan DC Skin terletak pada pendekatan berasaskan penyelidikan dengan kerjasama institusi pengajian tinggi seperti Universiti Kebangsaan Malaysia selain melalui ujian klinikal bagi memastikan keberkesanan produk.
Dalam perkembangan sama, Dr Cute berkata, DC Skin turut memperoleh pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
sekali gus meningkatkan keyakinan pengguna yang kini semakin peka dalam memilih produk penjagaan diri.
“Usaha yang dibawa bukan sekadar membina jenama, sebaliknya satu gerakan kesedaran bahawa kecantikan tidak seharusnya mengabaikan aspek kesihatan,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








